Cara Mengatasi Rasa Mengantuk.








 Hi semua. Apa khabar? Nama saya Amilia tapi awak semua boleh panggil saya Amy.Saya baru nak belajar berbloging. Jadi kalau ada salah atau silap tolonglah ajar ya.

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN.


Baiklah.Jom kita teruskan dengan tajuk sebenar kita hari ini. Hari ini Amy nak kongsikan beberapa petua untuk elakkan rasa mengantuk semasa dalam kelas. Ada sesetengah orang akan merasa mengantuk apabila belajar subjek yang tidak digemari. Contohnya, Sejarah, Matematik Tambahan dan Kimia. Anda tahu tak walau sekejap anda terlelap semasa guru mengajar anda akan hilang banyak fakta penting. Tidakkah anda berasa malu jika nama anda sering disebut-sebut oleh cikgu? Bukan kerana pandai dalam kelas, tapi sebab tidur semasa cikgu mengajar.

Ada yang beri alasan buat kerja sekolah sampai lewat malam. Bolehlah diterima lagi. Tapi ada yang cakap sibuk berchating dekat FACEBOOK. Ada ke patut. Aduhai budak - budak sekarang ni. Patutlah ramai cikgu dapat penyakit lemah jantung dan tekanan darah tinggi.


Baiklah, antar cara yang biasa orang gunakan untuk mengatasi rasa mengantuk di sekolah ialah:


1. Minum air masak banyak - banyak bila rasa mengantuk.
2. Makan gula - gula
3. Cuci muka
4. Makan vitamin

Mungkin cara itu turut berkesan tetapi kadangkala tidak. Hal ini kerana tenaga yang kita perolehi sebenarnya bukan hanya dari makanan yang kita makan tetapi dari cara kita merehatkan badan. Mungkin anda fikir tidur lewat kerana ingin belajar akan mendatangkan manfaat. Tetapi sebenarnya tidak. Semakin lewat kita tidur semakin banyak kita hilang tumpuan belajar. Walaupun anda rasa belajar di waktu malam itu akan membuat anda lebih faham tetapi sebenarnya tidak. Ia hanya berkesan sementara waktu dan kemudian anda akan lupa kembali apa yang telah anda pelajari pada malam itu. 

Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini dari terus berlaku amalkan petua ini insyaallah ia akan membantu anda.

1. Tidur sekurang - kurangnya 2 jam sebelum anda bangun semula pada tengah malam untuk belajar.
> Elakkan tidur selepas jam 5.30 pagi kerana ia akan membuat kita berasa lesu.

2. Pada setiap pagi, amalkan makan kurma atau kismis ( 5 biji kismis) sehari. 
> Menurut kajian, makan kismis atau kurma dapat memberi kita lebih tenaga dan membuat kita lebih cergas.

3. Elakkan minum milo pada waktu pagi kerana ia akan membuat kita merasa mengantuk.

4. Bagi yang islam digalakkan berwuduk sebelum ke sekolah.

5. Sampai di sekolah kita harus senyum dan berniat untuk menuntut ilmu.

6. Jika masih terasa mengantuk, cubalah bayangkan wajah ayah dan ibu kita yang telah bersusah payah menghantar kita ke sekolah.

7. Sentiasa bawa minyak angin ke sekolah. Bila terasa mengantuk, letakkan sedikit di dahi atau calitkan sedikit di sapu tangan anda dan tekupkan di hidung.

Itu adalah antara petua yang boleh dilakukan. Mudah saja kan? Tapi kalau tak berkesan juga, tak tahulah macam mana nak buat lagi. Hahaha.. Selamat Mencuba..!


Terima Kasih kerana sudi membaca..










Haha..Jangan terasa ya..Ni entah gambar siapa. Main letak saja..













                                      

5 comments:

  1. thanx amy...gud start...ada masa, lawati lah blog saya, misspinkylurves.blogspot.com. kite bole share2. sy pun bru mul berbelog jek.... :)

    ReplyDelete
  2. Nice sharing amy... Ilmu perlu dikongsi,, xgitu?😊

    ReplyDelete
  3. sory.. font nmpk serabut.. sy rabun,.. hehe

    ReplyDelete
  4. Tq. comel je blog. Meh senang2 datang lawat http://kindhearty.blogspot.my/2017/04/tidur-untuk-cantik.html

    ReplyDelete